LIM kini dirawat di HKL. Gambar kecil, tangan kiri Lim yang cedera akibat ditetak penyamun.
LIM kini dirawat di HKL. Gambar kecil, tangan kiri Lim yang cedera akibat ditetak penyamun.
Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: “Saya terpaksa menepis parang tajam itu menggunakan tangan kosong. Jika tidak mungkin kepala saya akan putus,” luah Lim King Seng, 33, yang menjadi mangsa samun dua penjenayah.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi kelmarin, mangsa kehilangan jari kelengkeng selepas ditetak penjenayah di Bandar Menjalara, di sini.

Mangsa yang bekerja di sebuah restoran sebagai tukang masak berkata, serangan berlaku sebaik dia keluar dari rumah sewa untuk ke tempat kerja.

Menurutnya, dua lelaki tempatan yang menunggang motosikal bertindak menghampirinya ketika dia sedang berjalan kaki bersendirian.

“Salah seorang penjenayah bersenjatakan parang terus melibas senjata tajam itu ke arahnya tanpa sebarang amaran.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Julai 2016 @ 6:12 AM