AMD Radeon RX 480
AMD Radeon RX 480
Afiq Hanif


AMD melancarkan kad grafik baru Radeon RX 480 yang menawarkan prestasi terbaik bagi game pada harga patut.

Kad grafik terbaru itu juga sesuai untuk memainkan game membabitkan realiti maya (VR) yang

kini menjadi kegilaan serta trend baru industri.

Teknologi grafik bagi PC dan VR terbabit dihasilkan berdasarkan arkitektur Polaris yang diperkenalkan AMD awal tahun ini memaksimumkan proses 14nm FinFET bagi memperkasakan prestasi kad grafik.

INFO

AMD RADEON RX 480

- Harga: Bermula ASD199

- Arkitektur GCN: Generasi ke-4

- Unit beroperasi: 36

- Pemprosesan Stream: 2304

- Kelajuan clock: 1266 MHz / 1120 MHz

- Prestasi puncak: Hingga 5.8 TFLOPS

- Kelajuan memori: 7Gbps atau lebih tinggi

- Memori bandwidth: 224GB/s atau lebih tinggi

- Antaramuka memori: 256 bit

- Jenis memori: GDDR5

- Ciri: AMD Freesync, Directx 12, Vulkan, Virtual Super Resolution

- HDMI: 2.0b

- DisplayPort: 1.3 HBR / 1.4 HDR

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2016 @ 12:19 PM