LENOVO Ideapad Y700
LENOVO Ideapad Y700
LENOVO Ideacentre AIO 700
LENOVO Ideacentre AIO 700
LENOVO Yoga Tab Pro 3
LENOVO Yoga Tab Pro 3

Antara yang mencuri tumpuan bagi produk laptop dan PC pada penghujung tahun ini termasuk Lenovo Ideapad Y700 yang menjadi laptop game hebat menggunakan pemprosesan AMD di samping pembesar suara jenis JBL yang mengagumkan ketika bermain game.

Ia disediakan bersama OS terbaru Windows 10 Home.

Selain itu, terdapat pula Ideacentre AIO 700 bagi kategori PC desktop yang memiliki pemprosesan Intel Core i7 pada skrin 27 inci jenis UHD.

Ia disasarkan kepada pengguna mahukan stesen kerja berkuasa tinggi yang boleh melakukan apa saja tanpa masalah.

Yoga Tab Pro pula agak unik apabila ia mempunyai projektor yang boleh memancarkan apa saja kandungan dalam tablet itu ke dinding.

Jika menonton filem dengan tablet ini pula, ia mempunyai skrin 10.1” QHD 2560 x 1600.

INFO

LENOVO IDEAPAD Y700

- Harga: Belum diumumkan

- Pemprosesan: AMD

- OS: Windows 10 Home

- Grafik: NVIDIA GTX 960M 4GB GDDR5

- Memori: Sehingga 16GB DDR4

- Storan: Sehingga 1TB HDD + 512GB SSD

- Paparan: 15.6 inci HD penuh

- Dimensi: 387 x 277 x 25.95mm

- Berat: 2.6kg

LENOVO IDEACENTRE AIO 700

- Harga: Belum diperoleh

- Pemprosesan: Intel Core i7 6th Gen

- OS: Windows 10 Home

- Grafik: NVIDIA GeForce GTX 950A 2GB VRAM

- Memori: Sehingga 16GB DDR4

- Kamera: 1080p + Dual Microphone

- Storan: Sehingga 2TB HDD

- WLAN: WiFi 802.11 b/g/n/a/c, bluetooth 4.0

- Monitor: 27 inci

- Dimensi: 525 x 438.2 x 209.7

- Berat: 7.5kg

- Port: 3. x USB3.0, 2 x USB2.0, 10/100/1000 LAN. Power DC Jack, kad memori, HDMI

LENOVO YOGA TAB PRO 3

- Harga: Anggaran RM2,000

- Pemprosesan: Intel Atom x 5-Z8500

- OS: Android 5.1

- RAM: 2GB

- Storan: 32GB, slot kad mikroSD

- Bateri: 10200mAh

- Skrin: 10.1” QHD, 299ppi

- SIM: mikroSIM

- Kamera: 13MP, 5MP (depan)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 11:19 AM