SAMPEL kulat Ganoderma.
SAMPEL kulat Ganoderma.
PEGAWAI Penyelidik BMC FGV Sirrul Asrar Husain Fatimi menunjukkan kulat trichoderma.
PEGAWAI Penyelidik BMC FGV Sirrul Asrar Husain Fatimi menunjukkan kulat trichoderma.
KETUA Penyelidik BMC FGV Hamdan Ibrahim menunjukkan anak benih sawit yang menggunakan produk Palmagro dan Palmashield.
KETUA Penyelidik BMC FGV Hamdan Ibrahim menunjukkan anak benih sawit yang menggunakan produk Palmagro dan Palmashield.
ANTARA kumbang yang membiak di pokok sawit akibat Ganoderma.
ANTARA kumbang yang membiak di pokok sawit akibat Ganoderma.
SYED Salim (empat dari kiri) menunjukkan produk Palmagro dan Palmashield.
SYED Salim (empat dari kiri) menunjukkan produk Palmagro dan Palmashield.
KETUA Penyelidik BMC FGV Hamdan Ibrahim menerangkan kepada wakil media mengenai kulat Ganoderma.
KETUA Penyelidik BMC FGV Hamdan Ibrahim menerangkan kepada wakil media mengenai kulat Ganoderma.
POKOK sawit yang reput akibat penyakit Ganoderma
POKOK sawit yang reput akibat penyakit Ganoderma
KERJA mengorek dan mengeluarkan tanah berpenyakit.
KERJA mengorek dan mengeluarkan tanah berpenyakit.
Mohamad Hussin


Penyakit reput pangkal batang (RPB) yang menyerang pokok kelapa sawit disebabkan kulat Ganoderma dianggap ancaman terhadap industri sawit negara pada masa kini dan masa hadapan.

Jika tidak dikawal secara konsisten, industri sawit dijangka mengalami kerugian besar, sekali gus menjejaskan pengeluaran hasil dan akhirnya pokok mati.

Rekod menunjukkan ada ladang sawit dijangkiti kulat berkenaan seawal usia dua tahun selepas ditanam. Sebanyak 632 daripada 1,061 ladang (59.57 peratus) di negara ini membabitkan kawasan 59,148 hektar dilaporkan diserang kulat Ganoderma dengan anggaran kerugian RM1.5 bilion.

Serangan kulat Ganoderma di ladang FELDA menunjukkan peningkatan jangkitan saban tahun dengan rekod pada 2014 mencapai 60 peratus membabitkan 261 ladang.

Penyakit ini merebak melalui akar yang memusnahkan sistem saluran air dan nutrien pokok yang dijangkiti mengakibatkan pereputan batang sawit.

Kesan perubahannya terhadap kanopi pokok seperti pucuk baru tidak berkembang, pelepah menjadi hijau pudar, kekuningan, terkulai layu dan kering sehingga akhirnya menyebabkan pokok tumbang dan mati.

Pokok yang dijangkiti Ganoderma menyebabkan pengurangan hasil melalui bilangan tandan berkurangan manakala buah makin kecil dan ringan.

Menyedari bahaya kulat itu, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) membangunkan agen kawalan biologi bagi membendung Ganoderma menerusi produk Palmagro dan Palmashield.

Sekumpulan wakil media berpeluang melawat Beneficial Microbes Centre (BMC) di Pusat Inovasi FGV, Bandar Enstek, Negeri Sembilan dan ladang sawit dan nurseri di Felda Bukit Besar, Kulai dan Felda Ulu Belitung, Kluang, Johor.

Ketua Kluster Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan Perkhidmatan Pertanian Kelompok FGV Syed Salim Syed Ali berkata, produk pertama yang dibangunkan BMC ialah Palmagro iaitu produk berasaskan kulat arbuskular mikoriza (AMF) sebagai biofertiliser untuk pokok sawit.

Beliau berkata, R&D produk Palmagro dimulakan pada tahun 2011 bermula dengan aktiviti persampelan dan pengumpulan spesies kulat arbuskular mycorrhiza daripada tanah di sekitar ladang sawit FGV untuk dibangunkan sebagai kultur awal penghasilan Palmagro.

“Setiap kitaran penghasilan kultur kulat ini mengambil masa selama 12 bulan dan beberapa spesies dikenal pasti berpotensi digunakan sebagai biofertiliser untuk pokok sawit.

“Palmagro mengandungi sekurang-kurangnya 150 spora kulat arbuskular mikoriza dalam setiap 10 gram produk. Spesies yang dikenal pasti terdapat dalam Palmagro ialah archaespora trappei, acaulospora tuberculate, rhizophagus clarus, acaulospora colombiana, paraglomus sp dan gigaspore,” katanya.

Syed Salim berkata, produk Palmashield adalah agen kawalan biologi yang dibangunkan pasukan penyelidik BMC menggunakan kulat endofitik trichoderma untuk mengawal kulat Ganoderma pada pokok sawit.

“R&D Palmashield dimulakan pada tahun 2010 dan dikenal pasti di makmal bahawa kulat endofitik trichoderma asperellum berupaya menghalang pertumbuhan kulat Ganoderma melebihi 80 peratus.

“Ujian keberkesanan di nurseri selama sembilan bulan menunjukkan keupayaan produk ini mengawal kulat Ganoderma pada anak sawit.

Menurutnya, pihaknya melakukan sanitasi untuk pokok sawit yang dijangkiti Ganoderma merangkumi proses menumbangkan pokok, memotong batang sawit menjadi keratan kecil, menghancurkan tisu perdu dan menguraikan akar.

“Mengorek dan mengeluarkan tanah berpenyakit dengan saiz lubang 2 x 2 x 1.5 meter serta mendedahkan tisu dan tanah berpenyakit kepada sinaran matahari.

“Pelaksanaan kaedah ini berupaya mengurangkan jangkitan Ganoderma di kawasan yang mempunyai insiden tinggi daripada 43.38 peratus kepada 0.93 peratus selepas 10 tahun program tanam semula.

“Penyakit Ganoderma tidak mungkin dapat dihapuskan sepenuhnya berikutan terdapat sisa tinggalan yang banyak seperti keratan batang dan akar,” katanya.

Syed Salim berkata, kaedah sanitasi seawal enam bulan sebelum program tanam semula lebih baik kerana ia mampu mempercepatkan proses penguraian keratan sawit yang mampu mengurangkan risiko jangkitan.

“Bagi kawasan yang mencatatkan penyakit Ganoderma mencapai 10 peratus, kaedah membajak sebanyak dua pusingan disarankan. Pokok yang berusia lima tahun ke bawah yang dikesan dijangkiti Ganoderma perlu dimusnahkan sepenuhnya.

“Bagaimanapun, pokok sawit berusia lima hingga 15 tahun yang dijangkiti tetapi masih produktif dan tiada simptom daun digalakkan untuk melakukan teknik timbunan tanah bagi tujuan memanjangkan jangka hayat kelapa sawit serta meningkatkan hasil melalui pembentukan akar baru pada batang pokok yang ditimbus tanah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Julai 2016 @ 11:26 AM