SUKAN Olimpik Musim Sejuk Sochi penuh masalah doping.
SUKAN Olimpik Musim Sejuk Sochi penuh masalah doping.

Geneva: Jawatan Olimpik Antarabangsa (IOC) tidak akan mengenakan penggantungan sepenuhnya terhadap Russia untuk Sukan OIimpik Rio berikutan kes doping di negara itu namun akan menyerahkan urusan penyertaan setiap atlet kepada persekutuan sukan masing-masing, semalam.

Pengumuman IOC itu adalah susulan gesaan Agensi Anti Doping Dunia (WADA) untuk menggantung penyertaan mereka ke Rio berikutan laporan bebas McLaren yang menemui bukti doping yang ditajai negara itu sepenuhnya oleh atlet Russia pada Sukan Olimpik Musim SejuK di Sochi 2014.

Badan induk dunia itu yang terdiri daripada 15 lembaga eksekutif bertemu semalam menerusi telesidang dengan Sukan Olimpik yang dijadualkan 5 Ogos ini di Rio akan berlangsung dua minggu lagi dan memutuskan bahawa tanggungjawab memutuskan kelayakan atlet Russia kekal di tangan persekutuan antarabangsa.

IOC berkata dakwaan disiplin akan dikenakan terhadap pegawai Russia yang disebutkan namanya dalam laporan WADA McLaren hari ini.

Laporan berkenaan yang dikeluarkan profesor undang-undang Richard McLaren menjelaskan berlaku penipuan penggunaan dadah dalam sukan Olimpik musim panas dan musim sejuk khususnya sewaktu Sukan Olimpik Musim Sejuk yang dianjurkan Russia pada 2014.

IOC berkata minggu ini bahawa pihaknya tidak akan menganjurkan atau memberikan sokongan terhadap apa saja acara sukan di Russia, termasuk Sukan Eropah 2019 yang dirancang dan tiada anggota Kementerian Sukan Russia yang disebutkan dalam laporan itu akan diberikan akreditasi ke Rio.

Sejak itu pelbagai persekutuan sukan antarabangsa, agensi anti-doping dan atlet menggesa penggantungan menyeluruh terhadap penyertaan mereka di Rio meskipun ada yang mengatakan ia menganiayai atlet yang tidak bersalah. -Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Julai 2016 @ 10:58 AM