AFP

Lausanne: Keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk tidak menggantung Russia daripada menyertai Sukan Olimpik Rio berikutan isu doping menyebabkan pemimpin sukan antarabangsa berbelah bagi semalam, menjelang permulaan temasya sukan itu dua minggu lagi.

Cuba untuk menjustifikasikan keputusan itu, Presiden IOC Thomas Bach (gambar) berkata, penggantungan menyeluruh akan menafikan hak atlet Russia yang bersih dan berharap untuk bertanding di Olimpik.

Menurut eksekutif IOC itu, persekutuan sukan masing-masing mempunyai tanggungjawab penuh untuk menentukan kelayakan setiap atlet Russia ke Rio.

Agensi Anti Doping Dunia (WADA) minggu lalu menggesa supaya penyertaan Russia digantung selepas memperincikan bagaimana kementerian sukan Russia mengarahkan program penipuan besar-besaran dengan bantuan agensi perisikan FSB.

Ketua anti doping Amerika Syarikat Travis Tygart, salah seorang daripada mereka yang menggesa penggantungan menyeluruh ke atas Russia mendakwa IOC mencipta ‘persoalan yang mengelirukan’ berikutan keputusan mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Julai 2016 @ 8:20 AM