DARI kiri  Peng Soon,  Liu Ying,  Wee Kiong dan  V Shem di majlis pelantikan Duta 100Plus bersama  BAM semalam.
DARI kiri Peng Soon, Liu Ying, Wee Kiong dan V Shem di majlis pelantikan Duta 100Plus bersama BAM semalam.
myMetro

Kuala Lumpur: Biarpun tanpa latihan pusat, ia tidak menjejaskan tumpuan barisan pemain badminton yang kini semakin bersedia mengibarkan cabaran di temasya di Rio bulan depan.

Tegas pemain beregu campuran Chan Peng Soon, dia yakin Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah merancang yang terbaik untuk semua pemain dalam usaha memburu pingat buat negara.

Peng Soon yang berpasangan dengan Goh Liu Ying berkata, setiap pemain perlu terus positif dan membuang sikap negatif agar tidak mengganggu fokus latihan dan mental pemain.

“Saya tahu BAM akan merancang yang terbaik dan jika ada perkara lebih baik, pasti mereka akan melakukan apa saja agar kami berada di tahap terbaik menjelang Olimpik bulan dengan.

“Masa sudah tidak banyak dan jurulatih menyediakan latihan keras untuk kami agar bersedia menghadapi cabaran dan minggu ini sesi latihan membabitkan semua pemain utama sebelum terbang ke Rio minggu depan,” katanya.

Peng Soon bersama empat lagi rakannya, Liu Ying, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Goh Jin Wei semalam dilantik duta jenama 100Plus dengan kontrak dua tahun.

Mereka menyertai pemain nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei yang sebelum ini terlebih dahulu dilantik duta minuman isotonik itu dan pelantikan berkenaan mampu menyuntik semangat baru buat pemain kebangsaan negara.

Skuad badminton negara yang akan mengibarkan cabaran di Olimpik akan diketuai Chong Wei (perseorangan lelaki ) V Shem-Wee Kiong (beregu lelaki), Tee Jing Yi (perseorangan wanita) serta Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei (beregu wanita) akan berlepas ke Brazil hujung bulan ini dengan saingan akan bermula 11 Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2016 @ 8:29 AM