BOT tunda ditemui pasukan keselamatan di perairan Dent Heaven, Lahad Datu.
BOT tunda ditemui pasukan keselamatan di perairan Dent Heaven, Lahad Datu.
Norasikin Daineh


Lahad Datu: Bot tunda dan tongkang tanpa kru ditemui pasukan keselamatan di perairan Dent Heaven, Lahad Datu, pagi tadi.

Menurut sumber, bot dan tongkang itu ditemui oleh pasukan peronda dalam keadaan enjin hidup dan barangan berselerakan di dalam bot.

€ŽBagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada bot terbabit dipintas penjenayah atau ada kaitan penculikan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menyiasat mengenai perkara itu.

"Polis masih menunggu pengesahan daripada pegawai mengenai penemuan itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2016 @ 7:56 PM