KEADAAN rumah yang dijilat api. FOTO Nor Hayati Zainudin
KEADAAN rumah yang dijilat api. FOTO Nor Hayati Zainudin
Nor Hayati Zainudin


Melaka: Seorang ibu yang juga orang kurang upaya (OKU) dan anak perempuannya tinggal sehelai sepinggang apabila rumah teres dua tingkat didiami mereka di Taman Tanjung Minyak Utama, di sini, musnah dalam kebakaran 9.45 pagi tadi.

Anak mangsa Goh Siew May, 24, berkata, ketika kejadian dia berada di Klinik Kesihatan Bukit Rambai, kerana menemani ibunya Ng Geck Khim, 52, mendapatkan rawatan.

"Ketika berada di klinik seorang saudara menghubungi saya bagi memaklumkan kebakaran sebelum kami bergegas pulang.

"Sejurus sampai saya melihat anggota bomba sedang memadamkan kebakaran kerana ketika itu api sedang marak, tidak ada apa dapat kami lakukan selain melihat rumah terbakar," katanya.

Goh berkata, selain memusnahkan perabot peralatan elektrik dan kelengkapan rumah lain dua motosikal jenis Modenas Kriss dan SYM diletakkan di ruang tamu rumah itu rentung dalam kebakaran.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Julai 2016 @ 5:25 PM