Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Kalidevi Mogan Kumarappa


Subang Jaya: Empat sekeluarga maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan USJ 2/5A, USJ 2 Subang Jaya, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata, berkata dalam kebakaran kira-kira 5.34 pagi itu, mayat mangsa ditemui pada 6.41 pagi selepas kerja memadamkan api selesai,

“Ketika pemeriksaan dilakukan, dua mayat ditemui mati dalam bilik tidur pada 6.41 pagi dan seorang lagi dalam air. Lima minit kemudian satu lagi mayat ditemui dalam bilik tidur berasingan," katanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, mangsa dikenali sebagai pasangan suami isteri Lim Ah Kok, 53, dan Goh Bee Khim, 52, serta dua dua anak mereka, Lim Yong liang, 20, dan Lim Yong Wei, 17.

“Mereka dipercayai cuba keluar namun gagal kerana api marak dan Ah Kok serta dua anaknya terperangkap dalam bilik manakala isterinya terperangkap dalam tandas rumah berkenaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang,” katanya.

Menurutnya, api bermula dari tingkat bawah rumah berkenaan yang hampir 80 peratus musnah terbakar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Februari 2017 @ 10:20 AM
Anggota bomba memeriksa rumah selepas kebakaran berjaya dipadamkan. - Foto MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Anggota bomba memeriksa rumah selepas kebakaran berjaya dipadamkan. - Foto MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Keadaan rumah teres dua tingkat di jalan USJ 2/3, Subang Jaya yang terbakar mengorbankan empat penghuni pagi tadi. - HAFIDZUL HILMI MOHD NOOR
Keadaan rumah teres dua tingkat di jalan USJ 2/3, Subang Jaya yang terbakar mengorbankan empat penghuni pagi tadi. - HAFIDZUL HILMI MOHD NOOR