Jasad empat beranak yang maut akibat kebakaran rumah teres dua tingkat di Subang Jaya, Isnin lalu selamat disemadikan dengan cara dibakar di Krematorium Jalan Berapit. FOTO Amir Irsyad Omar
Jasad empat beranak yang maut akibat kebakaran rumah teres dua tingkat di Subang Jaya, Isnin lalu selamat disemadikan dengan cara dibakar di Krematorium Jalan Berapit. FOTO Amir Irsyad Omar
Azma Razana Johari

Bukit Mertajam: Empat beranak yang maut akibat kebakaran rumah teres dua tingkat di Subang Jaya, Isnin lalu selamat disemadikan dengan cara dibakar di Krematorium Jalan Berapit, di sini.

Terdahulu, jasad mendiang Goh Bre Khim, 52, suaminya, Lim Ah Kok, 58 dan dua anak mereka, Lim Yong Liang, 20 dan Lim Yong Wei, 17, tiba jam 12.50 di pusat pembakaran mayat berkenaan.

Turut dilihat mengiringi mayat mendiang ialah anak sulung pasangan berkenaan Lim Yi Jun ,21, dan ibu kepada Ah Kok, Yeoh Ah Keow, 80, serta kira-kira 200 ahli keluarga dan sahabat handai.

Dalam kejadian jam 5.10 pagi Isnin lalu, empat beranak berkenaan ditemui mati selepas mengalami sesak nafas kerana terhidu asap tebal.

Hanya Yi Jun selamat kerana berada di kolejnya di Cheras ketika kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Februari 2017 @ 3:42 PM