MOHAMED Hazali Abu Hassan
MOHAMED Hazali Abu Hassan
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Pemuda UMNO Malaysia bercadang untuk mengadakan satu himpunan terbesar peringkat ASEAN di Kuala Lumpur bagi menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin tanpa mengira ideologi politik , kaum dan agama.

Ia ekoran bantahan dan kekecewaan dengan kelulusan undang-undang kontroversi terbaru oleh Knaset Israel pada minggu ini.

EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Hazali Abu Hassan berkata, undang-undang itu menetapkan semua NGO berhaluan kiri yang rata-rata memperjuangkan hak rakyat Palestin perlu mengisytiharkan dana yang lebih 50 peratus daripada pihak negara asing kepada pendaftar pertubuhan dan membuat laporan rasmi terperinci mengenai segala aktiviti mereka .

"Langkah ini seolah-olah ingin menyekat dan menyusahkan lagi pergerakan dan bantuan misi kemanusiaan yang sehingga kini dibuat NGO pro Palestin .

"Pemuda UMNO berasa amat bimbang sekiranya satu hari nanti kerajaan Israel terus menutup pintu penyaluran dan bantuan dana antarabangsa di atas sebab-sebab 'teknikal' yang akhirnya tiada siapa lagi boleh membantu rakyat Palestin yang sekian lama di tindas dan di cabul di negera mereka sendiri,"katanya yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Julai 2016 @ 12:28 PM