Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim menunjukkan gambar tiga lelaki yang dicari berkaitan tuga kes bunuh. - Foto SHAMSUDIN HUSIN
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim menunjukkan gambar tiga lelaki yang dicari berkaitan tuga kes bunuh. - Foto SHAMSUDIN HUSIN
Shamsudin Husin


Chukai: Tiga lelaki dikehendaki polis bagi membantu siasatan tiga kes bunuh berasingan di sekitar Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, lelaki berusia 22 tahun dikenali sebagai Muhammad Amirul Mohd Shafiee dikehendaki bagi membantu siasatan kematian wanita berusia 68 tahun di Taman Baiduri, Geliga, pada 29 April lalu.

Menurutnya, suspek kedua, Mohd Alias Mokhtar, 32, dikehendaki berkaitan kes lelaki berusia 33 tahun ditemui terbaring di tempat pembuangan sampah Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di Kerteh pada 28 Mei manakala Mohd Riduan Ismail, 27, dicari berkaitan kes lelaki ditemui mati di Pantai Geliga pada 4 Jun lalu.

"Ketiga-tiga mereka dikehendaki bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat ketiga-tiga mereka diminta menghubungi polis atau balai berdekatan ," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Julai 2016 @ 8:33 PM