Nor Akmar Samudin

Aidilfitri tahun ini Haiza, 36, tidak sempat bercuti panjang kerana hari raya ketiga sudah kembali bertugas di konti Kool FM bersama AG (Muhammad Azmir Selamat).

Pada hari raya keempat sehingga penghujung Syawal, Haiza rancak memenuhi undangan menjayakan persembahan di rumah terbuka.

Turut memadatkan lagi jadualnya, Haiza baru merakamkan single berjudul Tentang Cinta, berentak rock balada ciptaan Asfan.

Haiza yang lebih dikenali dengan lagu dangdut berjaya membuktikan dia mampu membawakan apa jua genre muzik menerusi penyertaannya dalam program Gegar Vaganza musim kedua (GV2).

Selepas lebih 20 tahun terbabit dalam bidang seni, Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, membuktikan dirinya penghibur sebenar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2016 @ 7:42 AM