HAIZA.
HAIZA.
Nor Akmar Samudin


“Saya bukan pengganti Fafau (Farah Fauzana),” pantas Haiza menepis ‘kata-kata’ nakal kononnya dia pengganti penyampai radio popular itu yang mengambil keputusan meninggalkan stesen radio Hot FM pada Februari lalu.

Tegas Haiza, 36, atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, dia masih ‘hijau’ dalam dunia penyiaran dan baru belajar ‘tekan butang’ panel di konti radio.

“Jangan malukan saya dengan mengatakan saya pengganti Fafau kerana saya diibaratkan budak baru belajar. Fafau adalah mentor saya dan saya sering menghubunginya untuk mendapatkan tip menjadi penyampai radio yang bagus.

“Bukan senang nak mencipta nama sepertinya. Siapalah saya nak dibandingkan dengan Fafau yang banyak menerima penghargaan dalam dunia penyiaran tanah air,” katanya yang juga penyanyi popular.

Haiza baru saja menjadi keluarga Media Prima Radio Network (MPRN) Mac lalu apabila dilamar menjadi penyampai di stesen radio baru MPRN, Kool FM bergandingan dengan AG menerusi segmen Pagi Di Kool FM setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2016 @ 7:33 AM