IKMAL Amilah bersama anaknya, Adi Haris (kanan) menghidap tumor menunggu tarikh pembedahan di Institut Pediatrik HKL.
IKMAL Amilah bersama anaknya, Adi Haris (kanan) menghidap tumor menunggu tarikh pembedahan di Institut Pediatrik HKL.
Asmah Rusman


Kuala Lumpur: Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, demikian perumpamaan menggambarkan kecekalan dan pengorbanan seorang ibu yang menyambut Aidilfitri di Wad Kanak-kanak, Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas anak bongsunya disahkan menghidap tumor.

Menurut Ikmal Amiliah Mohd Isa, 36, anaknya, Adi Harris Rosidin, setahun lima bulan yang menghidap penyakit itu Februari lalu dijangka menjalani pembedahan membuang tumor berkenaan 15 Julai ini.

Bagi Ikmal Amiliah, persiapan raya mereka sekeluarga ala kadar kerana ‘persiapan’ bagi pembedahan anaknya lebih utama.

“Empat lagi anak saya sangat memahami keadaan keluarga, apatah lagi wad ini ibarat rumah kedua kami sejak Adi Harris dimasukkan ke sini Mac lalu.

“Apa yang ada saja dipakai dan dimakan pada pagi Aidilfitri cukuplah untuk mereka merasai kemeriahan beraya,” katanya yang tinggal di Banting, Selangor.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Julai 2016 @ 8:27 AM