Kemalangan yang mengorbankan tujuh sekeluarga di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat (RKT) KESEDAR Renok, awal pagi tadi. FOTO Ramli Ibrahim
Kemalangan yang mengorbankan tujuh sekeluarga di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat (RKT) KESEDAR Renok, awal pagi tadi. FOTO Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim


Gua Musang: Tujuh sekeluarga maut, lapan cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Renok, di sini, awal pagi tadi.

Berdasarkan maklumat awal yang diterima, kemalangan pada 1.30 pagi itu mengorbankan pemandu dan penumpang kereta Perodua Myvi.

Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca daripada lori lima tan yang datang dari arah Kuala Krai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Myvi itu.

Sebuah lagi Perodua Myvi dan Perodua Alza terbabit dalam kemalangan itu.

Mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM), di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Julai 2016 @ 6:08 AM