ANGGOTA keselamatan mengawasi wilayah Ghazni. FOTO/AGENSI
ANGGOTA keselamatan mengawasi wilayah Ghazni. FOTO/AGENSI
Reuters

Kabul: Sekurang-kurangnya lapan anggota pasukan keselamatan Afghanistan dan empat orang awam terbunuh dalam satu serangan bom kereta di tengah wilayah Ghazni, hari ini, kata pegawai kerajaan.

Serangan itu juga menyebabkan sekurang-kurangnya 50 orang awam cedera.

Kumpulan militan Taliban mengaku bertanggungjawab meletupkan kereta berhampiran kompaun Direktorat Keselamatan Negara (NDS) di bandar Ghazni pada awal pagi.

“Puluhan pegawai NDS terbunuh atau cedera,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid dalam satu kenyataan tidak lama selepas serangan.

Pihak berkuasa Afghanistan berkata, lapan anggota NDS dan dua orang awam terbunuh dalam letupan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Julai 2019 @ 3:30 PM