Jenazah seorang mangsa serangan bom disembahyangkan sebelum dikebumikan. - Foto AFP
Jenazah seorang mangsa serangan bom disembahyangkan sebelum dikebumikan. - Foto AFP
Reuters

Kabul: Jumlah korban akibat serangan bom kereta oleh Taliban semalam, meningkat kepada 64 orang dengan hampir 350 lagi cedera.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Sediq Sediqqi, berkata serangan itu yang mensasarkan pejabat pasukan keselamatan dan risikan menyebabkan ramai orang awam terbunuh.

“Dukacita dimaklumkan 64 orang terbunuh dan 347 lagi cedera akibat serangan di Kabul semalam. Sebahagian besar mereka ialah orang awam.

Semalam, kerajaan negara itu mengumumkan 30 terbunuh dan ia menjadi serangan terburuk Taliban di Kabul sejak 2011. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2016 @ 7:00 PM