SUASANA menarik kincir angin dan bunga berwarna-warni dan segar.
SUASANA menarik kincir angin dan bunga berwarna-warni dan segar.
SUASANA menarik rumah kotej dan pokok hijau mendamaikan.
SUASANA menarik rumah kotej dan pokok hijau mendamaikan.
BUNGA ros sedang mekar di RISEM.
BUNGA ros sedang mekar di RISEM.
RISEM beroperasi mengikut empat musim sepanjang tahun.
RISEM beroperasi mengikut empat musim sepanjang tahun.
POKOK epal tumbuh subur di RISEM.
POKOK epal tumbuh subur di RISEM.
SUASANA mendamaikan di taman bunga musim panas.
SUASANA mendamaikan di taman bunga musim panas.
REPLIKA arnab diletakkan di rumput hidup.
REPLIKA arnab diletakkan di rumput hidup.
SPESIES bunga gloxinia antara yang mewarnai musim panas di RISEM.
SPESIES bunga gloxinia antara yang mewarnai musim panas di RISEM.
Suliati Asri


Haruman bunga-bungaan segar saat melangkah masuk ke Ruang A cukup menyegarkan. Dengan suhu 17 darjah Celsius, badan yang lesu kembali segar, apatah lagi dengan haruman bunga dan suasana musim panas bagai berada di kawasan pergunungan di negara empat musim.

“Wanginya. Sejuk pula tu. Ini musim panas atau sejuk?,” tanya penulis ketika mengunjungi Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM) di Taman Botani Negara Shah Alam, baru-baru ini.

Mulanya, ketika mengetahui ketika itu musim panas, hati sedikit kecewa. Terbayang suasana panas dengan matahari terik seperti dirasai di negara kita.

Bagaimanapun, musim panas itu berdasarkan iklim di negara empat musim, sama yang dirasai di negara Eropah ketika ini.

Bagi yang pernah mengunjungi negara empat musim, keadaan itu mungkin biasa bagi mereka. Tetapi tidak bagi yang tak pernah menjejak kaki ke negara empat musim, pengalaman itu pasti mengujakan.

Justeru, dengan hanya bermodalkan RM6 bagi dewasa dan RM2 kanak-kanak, anda bukan saja berpeluang merasai suasana musim panas tetapi juga musim lain iaitu luruh, sejuk dan bunga di RISEM mengikut suhu sebenar di luar negara.

Dibuka pada 1991 RISEM yang terletak di dalam Taman Botani Negara Shah Alam lokasi perlu anda kunjungi untuk merasai sendiri suasana itu.

Mengikut aliran di negara empat musim, pengunjung berpeluang merasai suasana nyaman musim panas di RISEM pada masa ini hingga Ogos depan dengan purata suhu 15 hingga 20 darjah Celsius.

Terbahagi kepada dua bahagian iaitu Ruang A dan Ruang B, pengunjung berpeluang merasai sendiri dua suasana musim panas yang berbeza.

Di Ruang A, pengunjung selesa menikmati suasana segar musim panas persis berada di kawasan pergunungan. Selain gambar kawasan pergunungan dijadikan latar belakang ruangan ini, replika rusa di kawasan dipenuhi rumput dan rumah kotej dengan kincir air menguatkan lagi suasana sebenar musim panas saat ini.

Di Ruang B pula, ia membawa pengunjung merasai suasana musim panas persis di ladang bunga di Belanda. Replika kincir angin dan gambar latar belakang mencetuskan suasana kawasan itu seperti di Belanda ditambah dengan bunga ros pelbagai warna berkembang mekar.

Mengetengahkan konsep perubahan bunga-bungaan, pokok bunga yang ditanam di kedua-dua ruang ini cukup menyegarkan dan berwarna-warni.

Antara spesies bunga yang ditanam sempena musim panas ialah cyclamen, gloxinia, chrysanthemum, cosmos, impatiens, kalanchoe dan ros.

Landskap dan cara penyusunan bunga-bungaan segar secara tidak langsung menambahkan lagi tarikan di rumah iklim berkenaan.

Selain itu, spesies pokok yang biasanya terdapat di kawasan iklim sederhana sejuk ditanam di sini. Antaranya sakura, mapel, epal, pir, magnolia dan ginkgo biloba.

Mengehadkan kemasukan hanya 20 orang di ruangan A dan B dalam satu masa, pelantar kayu yang disediakan di setiap ruang memudahkan pengunjung merasai suasana musim panas di sini.

Kicauan burung dan unggas kedengaran lembut dari corong pembesar suara bagaikan membawa pengunjung ke lokasi sebenar.

Terletak lima minit perjalanan menaiki bas ulang alik (shuttle) dari pintu masuk utama taman, musim panas di RISEM baru saja bermula.

Ini akan diikuti dengan Musim Luruh (Ogos - November) dengan purata suhu 10 hingga 12 Celsius, Musim Sejuk (November - Februari) -1 hingga 10 darjah Celsius dan Musim Bunga (Februari - Mei) 10 hingga 12 darjah Celsius.

Selain RISEM, Taman Botani Negara Shah Alam turut menyediakan pelbagai tarikan lain termasuk Taman Haiwan, Taman Hiasan, Taman Rempah Ratus & Pelbagai Minuman, Taman Kaktus, Taman Buah-buahan Tropika, Taman Padi dan Taman Konservasi Herba & Tumbuhan Ubatan.

Maklumat lanjut layari www.tbnsa.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Jun 2016 @ 12:23 PM