LAVENDER gemarkan suasana atau musim panas dan sejuk yang kering.
LAVENDER gemarkan suasana atau musim panas dan sejuk yang kering.
POKOK kangaroo paw tumbuh subur dari musim bunga hingga luruh.
POKOK kangaroo paw tumbuh subur dari musim bunga hingga luruh.
MENCIPTA suasana segar ketika musim panas.
MENCIPTA suasana segar ketika musim panas.
KETIKA musim panas dahlia ini turut sesuai di taman sebagai landskap mini dalam pasu.
KETIKA musim panas dahlia ini turut sesuai di taman sebagai landskap mini dalam pasu.
BUNGA Bottle Brush yang menarik perhatian.
BUNGA Bottle Brush yang menarik perhatian.
Susunan Hartini Mohd Nawi


Apabila tiba musim panas di negara empat musim, pelbagai idea landskap dirangka untuk disesuaikan dengan persekitaran.

Ini kerana musim berkenaan membuatkan siang lebih panjang berbanding malam.

Apatah lagi musim panas juga sering dikaitkan dengan iklim dan budaya sesebuah negara.

Jika berlaku musim panas di hemisfera utara, ketika itulah berlakunya musim sejuk di hemisfera selatan dan sebaliknya.

Menurut pakar meteologi, musim panas berlarutan dari Jun, Julai dan Ogos di hemisfera utara, sementara di hemisfera selatan pula membabitkan Disember, Januari dan Februari.

Justeru, tempatkan tumbuhan berdaun untuk menyerlahkan tekstur dan struktur semula jadinya selain hamparan rumput hijau.

Bagi perabot taman mudah alih, tempatkan di sudut atau ruang teduh.

Pada masa sama, jangan abaikan aspek penyelenggaraan terutama proses pemindahan pasu baru dengan meletakkan baja organik dan penyiraman yang kerap untuk kesegaran tanaman sepanjang masa.

Antara bunga musim panas yang popular

Kangaroo paw

- Bunga ini tumbuh subur sejak musim bunga hingga luruh.

- Hidup subur di tanah bersaliran baik.

Dahlia

- Antara yang memerlukan cahaya matahari penuh untuk perkembangannya.

- Ketika musim panas, sesuai di taman sebagai landskap mini dalam pasu.

Bougainvillea

- Turut dikenali bunga kertas di negara ini dan tidak memerlukan air yang banyak terutama yang ditanam dalam pasu.

- Jika berlaku lebihan air kerana hujan lebat dan berpanjangan, pokok muda dengan akar baru mudah rosak.

- Elakkan proses berkenaan ketika tanahnya berair atau lembap. Jika tertanggal tanah pada akarnya, risiko bunga kertas akan mati sangat tinggi.

Grevillia

- Antara bunga yang popular ketika musim panas

- Gabungan dengan tumbuhan asli dan eksotik juga sering kali menarik perhatian burung serta pendebungaan serangga.

Bottle brush

- Bunga ini turut menarik perhatian burung dan menceriakan taman.

- Pembajaan sejak musim bunga lagi dan siraman mingguan antara penjagaan biasa bunga ini.

Lavender

- Bunga ini gemarkan suasana atau musim panas dan sejuk yang kering.

- Antara kaedah tanaman terbaik ialah meletakkannya pada ruang pagar, di dalam pasu dan taman dalam rumah.

Banksia

- Antara tumbuhan asli dari Australia dan bunga yang berkembang.

Echinacea

- Mengeluarkan bunga dari Disember hingga April dan hidup subur dalam tanah bersaliran baik dan banyak cahaya matahari.

- Biasanya tumbuh di tepi pantai, tanah berpasir dan antara pokok terbaik musim panas.

Gardenia

- Ketika awal musim panas, aroma bunganya menyuntik persekitaran menarik.

- Bunganya yang berwarna putih dan harum menjadi pewangi berjenama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 5:02 AM