SULTAN Ibrahim menerima replika cek zakat perniagaan JCorp berjumlah RM6.45 juta daripada Mohamed Khaled sambil diperhatikan Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
SULTAN Ibrahim menerima replika cek zakat perniagaan JCorp berjumlah RM6.45 juta daripada Mohamed Khaled sambil diperhatikan Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima penyerahan pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM6.45 juta daripada Johor Corporation (JCorp) pada majlis Santapan Berbuka Puasa JCorp di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn di sini, hari ini.

Zakat terbabit diserahkan Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi JCorp, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut berangkat ke majlis itu, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim dan barisan exco kerajaan Johor.

Pada majlis santapan itu, JCorp turut menceriakan 100 anak yatim, fakir miskin dan orang kurang upaya (OKU) daripada lima rumah kebajikan di sekitar bandar raya ini.

Mereka diserahkan sumbangan duit raya bersama beg cenderamata selain dapat menikmati juadah dari KFC dan Pizza Hut yang dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2016 @ 9:15 PM