SULTAN Ibrahim melihat persembatan tarian kanak-kanak tadika ketika lawatan di kampungan orang asli Kampung Baru Kuala Benut. FOTO Zain Ahmed
SULTAN Ibrahim melihat persembatan tarian kanak-kanak tadika ketika lawatan di kampungan orang asli Kampung Baru Kuala Benut. FOTO Zain Ahmed
SULTAN Ibrahim melihat seorang wanita orang asli menganyam tikar pandan ketika lawatan di kampungan orang asli Kampung Baru Kuala Benut. FOTO Zain Ahmed
SULTAN Ibrahim melihat seorang wanita orang asli menganyam tikar pandan ketika lawatan di kampungan orang asli Kampung Baru Kuala Benut. FOTO Zain Ahmed
SULTAN Ibrahim memandu trak Mack selamat tiba di majlis penutupan. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
SULTAN Ibrahim memandu trak Mack selamat tiba di majlis penutupan. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru: Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016 melabuhkan tirainya, hari ini, selepas empat hari Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menjelejah ke serata negeri bertemu rakyat dengan trak Macknya.

Majlis penutup berlangsung di kawasan Rehat dan Rawat Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL), di sini yang turut dihadiri Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail; Tunku Temenggong, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Puteri, Tunku Tun Aminah.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiusaha Kerajaan negeri, Datuk Ismail Karim, barisan EXCO dan pegawai kanan kerajaan.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim pada 2.45 petang itu disusuli nyanyian lagu Bangsa Johor dan bacaan doa oleh Mufti Negeri Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2016 @ 5:53 PM