Aksi Hamsik pada perlawanan menentang England. FOTO AGENSI
Aksi Hamsik pada perlawanan menentang England. FOTO AGENSI
AFP

Bratislava: Terdapat tiga tanda tatu Cina pada tubuhnya menggambarkan tenaga, keseimbangan dan bakat.

Buat pemain Slovakia, Marek Hamsik tatu itu sudah lama berada pada dirinya sejak berusia 16 dan dia sentiasa mendapat semangat daripada tiga tanda itu.

Pada usia 28, pemain tengah Napoli itu berada pada kemuncak selepas mengetuai pasukan kebangsaannya mara ke peringkat 16 terakhir Euro 2016.

Dia menjaringkan satu gol pada kejohanan itu dalam laluan ke peringkat kalah mati.

Pemain memiliki potongan rambut Mohawk gaya Mad Max yang memiliki galeri tatu di tubuhnya itu akan berdepan salah satu cabaran terbesar kejohanan apabila Slovakia berdepan Jerman di Stade Pierre-Mauroy, Ahad ini.

"Saya tidak tahu jika ia salah satu jaringan menarik saya tetapi ia salah satu daripadanya," kata Hamsik selepas perlawanan itu.

"Dalam apa apa kes ia sangat penting,” kata Hamsik, menjaringkan 19 gol dalam 89 perlawanan antarabangsa.

Peminat Hamsik yang berada di Naples dan Slovakia termasuk kanak akan meniru fesyen rambut berceracak miliknya.

Malah seorang penyanyi Itali menulis lagu mengenainya berupa lagu cover stail Gangnam dipanggil 'Marekiano Style' yang menjadi viral di Youtube.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Jun 2016 @ 5:45 PM