VAKSIN AstraZeneca. FOTO AFP
VAKSIN AstraZeneca. FOTO AFP
AFP

Bratislava: Slovakia, negara yang menderita dengan angka kematian tertinggi di dunia akibat Covid-19 menerima 15,000 dos vaksin Oxford-AstraZeneca pemberian Perancis pada Ahad.

Perdana Menterinya, Igor Matovic berkata menyifatkan pemberian itu sebagai hadiah yang baik dan bermanfaat serta lambang persahabatan yang hebat.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar dengan Duta Besar Perancis, Christophe Leonzi, lapor agensi akhbar tempatan TASR.

Bercakap di Bojnice, Slovakia barat, beliau menambah bahawa Perancis menyokong idea Kesatuan Eropah untuk segera menghantar 100,000 dos vaksin Pfizer-BioNTech ke Slovakia.

Sebagai negara Kesatuan Eropah yang berjumlah 5.4 juta orang, Slovakia mencatatkan purata 24.09 kematian setiap 100,000 penduduk dalam tempoh 14 hari terakhir - kadar tertinggi di dunia.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mac 2021 @ 11:51 AM