BANYAK pokok yang tumbang ketika angin kencang melanda Eropah Tengah. FOTO/AGENSI
BANYAK pokok yang tumbang ketika angin kencang melanda Eropah Tengah. FOTO/AGENSI
AFP

BRATISLAVA: Dua maut manakala beberapa yang lain cedera ditimpa pokok selepas angin kencang melanda Eropah Tengah, kata pihak berkuasa.

AFP melaporkan, situasi itu turut menyebabkan pihak berkuasa Republik Czech, Poland dan Slovakia mengeluarkan amaran cuaca buruk.

“Angin kencang menyebabkan pokok tumbang menimpa pelajar sekolah rendah di kaki lima di Nitra dekat Bratislava.

“Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun disahkan mati serta merta di tempat kejadian, beberapa orang mengalami kecederaan,” kata polis di akaun rasmi Facebook.

Di Poland, seorang mangsa maut manakala dua cedera selepas pokok menimpa kenderaan di selatan Nowy Nart dan lima lagi dilaporkan cedera di kawasan lain, kata pasukan bomba Poland kepada agensi berita PAP.

Manakala di Republik Czech pula, seorang pemandu trak dilaporkan cedera selepas keluar dari kenderaan itu yang ditimpa pokok.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Oktober 2019 @ 10:40 AM