Aksi dua pasukan teratas liga Slovakia bertukar kecoh. FOTO Agensi
Aksi dua pasukan teratas liga Slovakia bertukar kecoh. FOTO Agensi
AFP

Bratislava: Beberapa individu cedera dalam pertempuran antara peminat pasukan bola sepak, Spartak Trnava dan Slovan Bratislava, awal pagi ini.

Perlawanan membabitkan pasukan di tempat teratas carta liga Slovakia terpaksa dihentikan selepas 16 minit apabila peminat menceroboh padang.

Pertempuran berkenaan bertambah tegang dengan ada di antara mereka membaling batu dan membakar suar.

"Ketika perlawanan berlangsung sekumpulan penonton dilihat memasuki padang sebelum bertempur antara satu sama lain," kata jurucakap polis Maria Linkesova menerusi agensi berita tempatan TASR.

"Pihak polis memindahkan kawasan peminat Trbava, sekalipun arahan daripada pihak polis mereka terusan membaling suar. Pihak perubatan berada di stadium, beberapa orang cedera."

Seorang peminat memerlukan rawatan perubatan di padang sebelum diangkat keluar menggunakan pengusung.

"Penganjur gagal dan 200 hingga 300 peminat Spartak berlari ke padang," menurut Slovan Bratislava dalam satu kenyataan.

"Kami tidak mahu meneruskan aksi apabila penyokong kami dihukum dengan tidak adil dan dihumban keluar dari stadium," kata pengurus besar kelab, Ivan Kmotrik Jr.

"Ia sepatutnya pesta bola sepak, tetapi malangnya ia cukup memalukan buat bola sepak," kata jurulatih Spartak Trnava, Michal Gasparik.

Menerusi laman web rasmi, polis Slovakia menyiarkan klip video menunjukkan keganasan penonton selain beberapa anggota polis mengiringi peminat keluar dari Stadium Trnava.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Oktober 2021 @ 11:31 AM