GUBAHAN bunga segar membuatkan ruang lebih berseri.
GUBAHAN bunga segar membuatkan ruang lebih berseri.
SUSUN atur dalam gaya baru juga menambahkan keceriaan suasana.
SUSUN atur dalam gaya baru juga menambahkan keceriaan suasana.
PERABOT lama boleh dicat semula
PERABOT lama boleh dicat semula
Faizal Zain

Salam deko. Ramai yang sudah pening kepala apabila semakin hampir tibanya Aidilfitri. Maklumlah selain juadah dan pakaian, dekorasi rumah juga sering diutamakan dalam menyambut hari penuh makna itu.

Bagi mereka yang punya bajet lebih bolehlah membeli pelbagai keperluan hiasan dan perabot baru. Namun, bagi segelintir yang kurang berkemampuan mungkin terpaksa melupakan kediaman yang indah ketika Aidilfitri.

Jadi minggu ini dan minggu depan saya ingin kongsikan bersama 10 tip berjimat menjelang Aidilfitri yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan kos.

Tidak semestinya anda perlu membeli perabot baru, ada kalanya hanya dengan sedikit sentuhan pada perabot sedia ada dapat memberikan wajah baru dengan penuh kelainan. Misalnya menukar warna atau menyapu varnis pada perabot kayu supaya kelihatan lebih bermaya dan baru.

Antara tip yang dapat membantu adalah:

1) Pilihlah warna lembut atau koleksi pastel sebagai rona pilihan untuk kediaman kerana situasi itu lebih menenangkan.

2) Jika rona terang dan hangat menjadi pilihan, batasi dengan gabungan warna lembut bagi memberikan suasana perayaan yang ceria dan bukannya parti hari jadi dengan semua koleksi warna terang.

3) Elakkan menghiasi kediaman dalam rona dan corak sedondon dengan baju raya anda sekeluarga. Mungkin ia kedengaran lucu dan tidak masuk akal, namun tahukah anda bahawa masalah ini kerap berlaku apabila baju yang dipakai di pagi raya kelihatan sedondon dengan warna sofa atau langsir rumah.

4) Hiasan bunga segar sangat memberikan kelainan berbanding hiasan bunga tiruan. Anda digalakkan membuat tempahan awal untuk berjimat kerana harga bunga segar menjelang beberapa hari sebelum Syawal selalunya lebih mahal.

5) Jika tidak membeli perabot baru maka tukarkan kedudukan perabot sedia ada pada susunan yang lebih menarik. Ini adalah cara paling mudah dan cepat untuk memberikan mood segar dan menghidupkan kembali wajah kediaman.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Jun 2016 @ 5:02 AM