AZRIF masih ada kontrak sehingga Disember 2017.
AZRIF masih ada kontrak sehingga Disember 2017.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: “Boleh keluar, tapi dengan RM2 juta.”

Itu harga yang perlu dibayar tonggak pertahanan kanan Selangor, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham bagi menebus kontraknya jika masih berkeras mahu meninggalkan Merah Kuning menerusi jendela perpindahan pemain Isnin depan.

Menurut seorang pegawai tertinggi Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang enggan namanya disiarkan, jumlah bayaran berkenaan merangkumi baki kontrak Azrif yang dijangka tamat pada Disember 2017 selain pembayaran tambahan yang boleh diminta persatuan itu.

“Azrif boleh pergi tapi dia tahukah bahawa klausa untuk perpindahan pemain pada jendela kedua agak berbeza dengan perpindahan awal musim.

“Untuk awal musim, mana-mana pemain yang hendak berpindah hanya perlu membayar baki kontrak saja.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2016 @ 8:25 AM