MAIMUNAH (depan, lima kanan) bersama pegawai kanan Jabatan Pendidikan serta 248 penerima surat penempatan bertugas. FOTO Izhari Ariffin
MAIMUNAH (depan, lima kanan) bersama pegawai kanan Jabatan Pendidikan serta 248 penerima surat penempatan bertugas. FOTO Izhari Ariffin
Ardyhansah Amat


Kota Kinabalu: Seramai 248 guru lepasan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang berasal dari Sabah menerima surat penempatan bertugas, di sini, hari ini.

Semua surat penempatan bertugas itu disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Maimunah Suhaibul.

Maimunah dalam ucapannya berkata, dengan penempatan terbaru itu, 81 peratus guru sekolah rendah di Sabah terdiri daripada penduduk tempatan, manakala selebihnya guru yang berasal dari negeri lain.

"Seramai 576 lepasan IPGM yang berasal dari Sabah menjalani temuduga pada November tahun lalu, dan 248 daripadanya ditempatkan pada sesi pengambilan kali ini.

"Selebihnya akan ditempatkan pada Ogos nanti sekali gus melengkapkan sasaran 90 peratus tenaga pengajar sekolah rendah yang berasal dari Sabah," katanya.

FOTO Izhari Ariffin

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Jun 2016 @ 4:47 PM