MUSA (dua kiri) melawat pameran sistem pembelajaran atas talian pada Festival Hari Guru Peringkat Kebangsaan. FOTO Mohd Adam Arinin
MUSA (dua kiri) melawat pameran sistem pembelajaran atas talian pada Festival Hari Guru Peringkat Kebangsaan. FOTO Mohd Adam Arinin
Ardyhansah Amat


Kota Kinabalu: Buat julung kalinya, Festival Hari Guru Kelapan dilancarkan sempena Sambutan Hari Guru Kebangsaan di Kompleks Dewan Kuliah Pusat 2, Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, petang tadi.

Festival yang berlangsung selama empat hari sehingga Isnin depan itu dilancarkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri yang juga Exco Pendidikan negeri, Datuk Masidi Manjun; Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof dan Pengarah Pendidikan negeri, Maimunah Suhaibul.

Musa dalam ucapannya berkata, Festival Hari Guru dilihat mampu melahirkan modal insan cemerlang khususnya kepada rakyat Sabah melalui pelbagai aktiviti berasaskan pendidikan di negeri ini.

"Sejak awal lagi kerajaan meletakkan keutamaan yang tinggi dalam isu pendidikan sekali gus menjadikan ia sebagai antara dasar utama negara.

"Ini kerana kerajaan sedar melalui pendidikan, kita dapat membela nasib rakyat dan memajukan negara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2016 @ 7:26 PM