Banjir kilat di SK Darau, Kota Kinabalu, hari ini. FOTO ihsan bomba
Banjir kilat di SK Darau, Kota Kinabalu, hari ini. FOTO ihsan bomba
Junaidi Ladjana dan Amniera Naziera Amran


SERAMAI 22 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Darau di Kota Kinabalu terkandas lebih tiga jam selepas kawasan sekolah mereka dilanda banjir kilat, petang tadi.

Mereka hanya dapat pulang kira-kira 9 malam tadi.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, semua murid terbabit tidak dapat keluar dari kawasan sekolah selepas sesi persekolahan tamat 5.30 petang.

"Bantuan makanan diberikan oleh kantin sekolah dan ada guru bersama mereka.

"Semua murid dibawa ke tingkat satu bangunan sekolah sementara menunggu banjir surut.

"Pada 9 malam, mereka diambil oleh ibu bapa masing-masing," katanya ketika dihubungi.

Maimunah berkata, sembilan sekolah di Sabah dilanda banjir setakat 9 malam tadi iaitu lima di Kota Kinabalu, tiga di Tuaran dan satu di Penampang.

Sementara itu, Guru Besar SK Darau, Abdul Saipuddin berkata, murid yang terkandas ialah murid tahun satu hingga tiga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Ogos 2017 @ 9:53 PM