Southampton: Selain kejayaan peribadi mengutip mata penuh dalam Liga Perdana, Ronald Koeman hanya mahukan pemain skuad Southampton dikendalikannya mempamer aksi permainan menarik apabila menanti kunjungan Manchester United, awal pagi esok.

Buat pengurus Belanda itu, hanya kemenangan diperlukan pasukannya bagi menangani kesilapan yang makin ketara biarpun membuat permulaan cemerlang pada awal musim.

Selepas memulakan saingan berada di tempat kedua liga minggu lalu, Saints memiliki lenggok untuk menewaskan lawan mereka selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dan Koeman seperti kebanyakan yang lain begitu memahami nilai kejayaan begitu berharga ketika melalui saat seperti sekarang.

“Kemenangan? Ia sangat penting buat pasukan ini,” katanya.

“Apabila anda tidak memenangi sesetengah perlawanan, anda memerlukan kemenangan.”

Berada dalam halangan perlawanan yang memerlukan kemenangan sebagai ubat terbaik untuk Saints kini berada di tangga ketiga adalah pasukan aristokrat Liga Perdana, United dikendalikan oleh Louis van Gaal, rakan senegara Koeman dari Belanda dan mereka pernah terbabit dalam perbalahan berprofil tinggi di Ajax sedekad lalu.

“Ia bukan satu isu,” kata Koeman ketika menerapkan nada tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.

“Perlawanan itu adalah mengenai Southampton menentang Manchester United dan perlawanan itu memerlukan perhatian seperti itu.

“Ia bukan mengenai Ronald Koeman dan Louis van Gaal. Ia adalah peribadi. Itu adalah masalah tugasan. Ia bukan isu kerana ia berlaku lapan, sembilan tahun lalu dan kini saya lebih suka bercakap mengenai perlawanan itu.” - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Disember 2014 @ 5:03 AM