Riyadh: Polis yang memburu seorang profesor universiti warga Mesir atas dakwaan menculik seorang kanak-kanak terkejut apabila mendapati mangsa sebenarnya seekor ayam jantan.

Polis sebelum itu mengekori profesor berkenaan dan tiga rakannya di dalam kereta sehingga tiba di apartmennya di Jazan, wilayah selatan Saudi setelah menerima aduan daripada budak lelaki mendakwa melihat profesor itu menculik kanak-kanak dan menempatkannya di dalam but kereta.

“Mereka menyerbu apartmen saya dan bertanya mengenai budak yang saya culik. Saya memberitahu mereka, saya hanya membawa ayam jantan untuk disembelih dan dimasak.

“Mereka memberitahu saya ada budak lelaki melihat saya menculik seorang kanak-kanak dan memasukkannya ke dalam but kereta. Yang saya masukkan itu hanyalah ayam yang dibeli di pasar,” kata profesor itu yang namanya tidak didedahkan akhbar Sabq.
- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Disember 2014 @ 5:03 AM