MANGSA diselamatkan kurang 10 minit apabila anggota bomba memotong besi katil.
MANGSA diselamatkan kurang 10 minit apabila anggota bomba memotong besi katil.
Oleh Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cemas apabila kepalanya tersepit di antara besi katil dua tingkat di rumahnya di Lorong Solok Tambak, Balai Panjang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, mangsa dikatakan sedang meniti di atas besi katil sebelum terjerlus dan lehernya tersangkut.

Ibu mangsa yang menyedari kejadian cuba meregangkan besi katil namun gagal lalu menghubungi bomba dan penyelamat.

 Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3 petang dan tiba di lokasi 17 minit kemudian.

"Ketika sampai di lokasi, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun sedang menangis kerana tersepit di antara besi katil dua tingkat dalam keadaan berdiri.

 "Mangsa berjaya diselamatkan kurang 10 minit apabila anggota menggunakan Bolt Cutter untuk memotong besi katil," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Oktober 2014 @ 5:27 PM