GUIDETTI sumbat gol pertama dengan pasukan senior.
GUIDETTI sumbat gol pertama dengan pasukan senior.
Reuters

Stockholm: Sweden bukan saja mengakhiri kempen persiapan Euro 2016 dengan kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Wales namun turut membuktikan mereka tidak hanya bergantung harapan kepada sentuhan penyudah kapten dan penjaring terbanyak Zlatan Ibrahimovic.

Kemenangan itu memberikan suntikan semangat kepada Sweden sebelum perlawanan pembukaan menentang Ireland pada Isnin depan manakala Wales pula perlu segera bangkit untuk berdepan Slovakia Sabtu ini.

Lebih 37,000 penyokong hadir untuk menyaksikan persembahan Sweden dan jaringan Emil Forsberg, Mikael Lustig serta John Guidetti dengan Ibra melakukan hantaran bagi gol pertama mengesahkan kemenangan tuan rumah.

“Kemenangan sentiasa menggembirakan. Saya gembira kami menjaringkan tiga gol dan tiga gol itu bukan dihasilkan oleh Zlatan,” kata jurulatih Sweden Erik Hamren pada sidang media selepas perlawanan.

Ibrahimovic menjaringkan lebih separuh gol Sweden pada pusingan kelayakan namun kali ini peman sayap Forsberg yang berjaya membuka tirai jaringan pada babak pertama hasil gandingan bersama kapten pasukan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Jun 2016 @ 9:37 AM