IBRAMOVIC (kanan) menanduk ke arah gawang Denmark.
IBRAMOVIC (kanan) menanduk ke arah gawang Denmark.
IBRAMOVIC (kanan) menanduk ke arah gawang Denmark.
IBRAMOVIC (kanan) menanduk ke arah gawang Denmark.
AFP

Solna, Sweden: Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol kesembilan sepanjang sembilan perlawanan kelayakan Eropah untuk memberikan kemenangan Sweden 2-1 ke atas Denmark pada aksi pertama play-off Euro 2016, kelmarin.

Penyerang berusia 34 tahun itu menyempurnakan penalti pada babak kedua selepas Emil Forsberg menjaringkan gol antarabangsa pertamanya pada hujung babak pertama.

Tetapi pemain gantian Nicolai Jorgensen menjaringkan gol penting buat Denmark ketika permainan berbaki 10 minit. Perlawanan kedua akan berlangsung di Copenhagen, Rabu ini.

Selepas penonton dan pemain bertafakur seminit bagi menghormati mangsa serangan di Paris, Denmark yang juga juara 1992, mendominasi permainan tetapi Sweden terlebih dulu menjaringkan gol.

Peluang pertama tuan rumah hadir menerusi penyerang Panathinaikos Marcus Berg pada minit ke-18 tetapi rembatan rendahnya diselamatkan penjaga gol pelawat Kasper Schmeichel.

Cubaan kedua Berg sedikit tersasar pada minit ke-30 selepas menerima hantaran Ibrahimovic dan bintang tuan rumah itu beroleh peluang beberapa minit kemudian tetapi rembatannya melewati palang.

Denmark pula hampir menghasilkan gol menerusi Nicklas Bendtner tetapi bola hantaran Christian Eriksen di dalam kotak penalti itu gagal disempurnakan dengan baik.

Denmark ketinggalan sejurus sebelum rehat menerusi Forsberg yang menerima hantaran Mikael Lustig.

Ibrahimovic menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-50 apabila menyempurnakan penalti dihadiahkan pengadil selepas Thomas Kahlenburg menjatuhkan Forsberg.

Begitupun, ketika permainan berbaki 10 minit, Jorgensen menghidupkan peluang Denmark untuk mengharungi perlawanan kedua di tempat sendiri nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2015 @ 7:38 AM