Reuters

Stockholm: Kapten Sweden Zlatan Ibrahimovic (gambar) masih enggan memberi bayangan mengenai masa depannya di kelab serta peringkat antarabangsa dengan hanya memberitahu wartawan kenyataan rasmi mengenainya akan dibuat apabila dia sudah sedia.

Khabar angin mengaitkan penyerang berusia 34 tahun itu dengan perpindahan ke Manchester United dan Malmo. Selain itu, dia juga dikatakan bakal bersara dari peringkat antarabangsa sekali gus menghangatkan lagi suasana tetapi Ibrahimovic tetap bertenang dan memilih untuk tidak membincangkan masa depannya ketika ini.

“Saya mahu anda menulis lebih banyak berita. Saya pasti seronok dan saya mahu tahu siapa yang membuat laporan terbaik mengenai diri saya,” katanya di pusat latihan Sweden di mana mereka sedang bersedia untuk pusingan akhir Euro 2016 di Perancis.

“Bila sudah bosan dengan semuanya, saya akan memberitahu anda mengenai destinasi saya.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Jun 2016 @ 7:57 AM