Zlatan Ibrahimovic. FOTO EPA
Zlatan Ibrahimovic. FOTO EPA
Reuters

Stockholm: Penjaring terbanyak sepanjang zaman Sweden, Zlatan Ibrahimovic bersedia menyerahkan tugasnya kepada generasi muda seperti Anthony Elanga ketika skuadnya melakukan persediaan bagi perlawanan play-off Piala Dunia menentang Republik Czech, awal pagi Jumaat ini.

Penyerang berusia 40 tahun mengingatkan kembali detik beraksi bersama bapa pemain sayap Manchester United itu, Joseph ketika bersama kelab Malmo FF sekitar 20 tahun lalu dan kini dia berkongsi bilik persalinan bersama anaknya.

"Kali pertama saya bertemunya, kami berada di restoran dekat (United) padang latihan dan dia datang ke arah saya lalu berkata kamu kenal bapa saya dan saya seperti berasakan tolong bantu saya sekarang kerana saya tidak tahu dengan siapa saya bercakap," kata Ibrahimovic.

"Kamu bermain bersama bapa saya Elanga, dan kemudian semuanya kembali seperti biasa dan saya kata okay. Ia membuatkan saya gembira kerana bukan saya seorang saja warga Sweden dalam Manchester, kami mempunyai seorang lagi pemain Sweden.

Ibrahimovic menjaringkan 17 gol dalam 33 perlawanan Liga Perdana ketika musim kecederaan membantaskan aksinya bersama United dari 2016 hingga 2018.

Malah dia turut membenarkan Elanga, 19, berkongsi pentas bersamanya dan pegawai media pasukan Sweden.

"Kami semua gembira dan sangat seronok kini pengembaraan bermula, dia baru sahaja bermula dan dia semakin meningkat ia adalah perkara yang baik. Anda mempunyai sesuatu untuk dilihat bagi tempoh 20 tahun lagi," tambah Ibrahimovic tersenyum.

Bagi Elanga yang mencuri perhatian menerusi aksinya untuk United pada musim ini dan pemain penyerang muda Sweden yang lain seperti Dejan Kulusevski dan Alexander Isak, Ibrahimovic menjadi inspirasi mereka.

Sweden menentang Republik Czech pada saingan play-off Piala Dunia di Friends Arena dekat Stockholm, perlawanan di mana Ibrahimovic terpaksa diketepikan kerana menjalani penggantungan.

Pemenang akan berdepan Poland minggu depan untuk tempat ke pusingan akhir Piala Dunia di Qatar yang bermula November ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mac 2022 @ 11:25 AM