MAT Jah (lima dari kiri) bersama Ainon (tiga dari kiri) memerhatikan pemain catur memulakan gerakan selepas merasmikan Laman Catur SENADA sempena sambutan Hari Guru, baru-baru ini.
MAT Jah (lima dari kiri) bersama Ainon (tiga dari kiri) memerhatikan pemain catur memulakan gerakan selepas merasmikan Laman Catur SENADA sempena sambutan Hari Guru, baru-baru ini.
BARISAN guru SENADA bergambar kenangan ketika menyambut Hari Guru peringkat sekolah.
BARISAN guru SENADA bergambar kenangan ketika menyambut Hari Guru peringkat sekolah.
Nor Hanisah Kamaruzaman

Sempena sambutan Hari Guru 16 Mei lalu, Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2 (SENADA), Kajang, Selangor meraikan jasa golongan pendidik dengan penuh meriah.

Barisan guru SENADA yang diraikan mengenakan persalinan serba lengkap tradisional Melayu ibarat srikandi dan pahlawan bagi mewujudkan suasana berbeza berbanding hari biasa di sekolah.

Selain persembahan guru dan murid serta pemberian hadiah dan ucapan kepada guru, SENADA turut melancarkan ‘Laman Catur’ dengan hiasan landskap catur gergasi.

Pelancaran disempurnakan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) Mat Jah Roslan diiringi Guru Besar SENADA Ainon Mohamed Salehuddin.

SENADA mula mencipta nama dalam arena catur apabila memperoleh tempat ke-56 dalam pertandingan di peringkat antarabangsa di Sabah, awal tahun ini.

Pada peringkat kebangsaan, murid SENADA mendapat ‘rating’ makin tinggi dan mempunyai ramai bakat baru.

Sejarah catur SENADA bermula pada 2006 dan sejak itu menghantar wakil untuk menyertai peringkat daerah dan kebangsaan, malah pertandingan catur terbuka anjuran syarikat swasta.

Menurut Ainon, SENADA dalam usaha menuju Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan catur sebahagian besar penyumbang kepada usaha berkenaan.

“Saya baru masuk SENADA Februari lalu dan ingin cipta kebitaraan bagi meningkatkan prestasi sekolah dan catur berpotensi tinggi.

“Sebagai usaha meningkatkan kualiti dan mengembangkan bakat pelajar SENADA turut berkolaborasi dengan syarikat AB Chess,” katanya.

Katanya, SENADA bertuah kerana ramai murid meminati permainan catur.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mei 2016 @ 1:05 PM