Penyokong Liverpool dan Manchester United terbabit dalam insiden ejek mengejek satu sama lain pada Liga Europa. FOTO MIRROR
Penyokong Liverpool dan Manchester United terbabit dalam insiden ejek mengejek satu sama lain pada Liga Europa. FOTO MIRROR
AP

Nyon: UEFA mendenda Liverpool dan Manchester United sebanyak 20,000 euro (RM92,000) setiap satu atas kesalahan mengejek dicetuskan penyokong pada saingan 16 terakhir peringkat kalah mati Liga Europa.

UEFA berkata pihaknya mengenakan penggantungan denda lanjutan sebanyak 20,000 euro (RM92,000) bagi setiap kelab untuk tempoh percubaan selama dua tahun.

Panel jawatankuasa disiplin UEFA turut menilai beberapa denda termasuk kekecohan penyokong dan membaling objek.

Liverpool didenda tambahan sebanyak 17,000 euro (RM78,000) dan diarah menghubungi Manchester United FC dalam tempoh 30 hari untuk melunaskan kerosakan yang disebabkan oleh penyokongnya," menurut UEFA.

United juga perlu membayar tambahan sebanyak 18,000 euro (RM87,000) sebagai denda.

Liverpool menang agregat 3-1.

Liverpool berdepan tindakan lanjut UEFA pada Julai berikutan pergaduhan penyokongnya dengan penyokong Sevilla di stadium sebelum perlawanan final di Basel minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mei 2016 @ 11:09 PM