KEPUTUSAN undian tertera di panel elektronik di ibu pejabat Uefa di Nyon. FOTO AP
KEPUTUSAN undian tertera di panel elektronik di ibu pejabat Uefa di Nyon. FOTO AP
Reuters

Nyon: Juara bertahan Real Madrid akan menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool sekali lagi pada peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara (UCL) sekali gus ulangan final musim lalu manakala Paris St Germain akan berdepan juara Jerman, Bayern Munich.

Madrid menewaskan Liverpool dalam aksi tegang pada Mei lalu hasil jaringan Vinicius Junior.

Kedua-dua pasukan bertembung selepas majlis undian berlangsung di Nyon, Switzerland, hari ini. Mereka turut bertemu pada final 2017-18 yang dimenangi gergasi Sepanyol itu.

Berikut keputusan undian peringkat 16 terakhir UCL:

RB Leipzig mln Manchester City

Club Brugge mln Benfica

Liverpool mln Real Madrid

AC Milan mln Tottenham Hotspur

Eintracht Frankfurt mln Napoli

Borussia Dortmund mln Chelsea

Inter Milan mln Porto

Paris St Germain mln Bayern Munich

(Aksi peringkat pertama 14-15 Februari dan 21-22 Februari, peringkat kedua 7-8 Mac dan 14-15 Mac)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 November 2022 @ 10:35 PM