Bot dinaiki 12 individu termasuk pemancing yang ditemui selamat. FOTO ihsan APMM
Bot dinaiki 12 individu termasuk pemancing yang ditemui selamat. FOTO ihsan APMM
Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru : 12 individu termasuk pemancing yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Aur, Mersing Johor berjaya ditemui dalam keadaan selamat oleh pihak berkuasa lewat petang tadi.

Timbalan Pengarah (Operasi) Wilayah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, Kapten Maritim Saiful Lizan Ibrahim berkata, mereka dijumpi pada 6.15 petang hari ini oleh aset udara APMM.

Beliau berkata, seramai 60 anggota terbabit dalam pencarian bot nelayan dinaiki mangsa seluas 20 batu persegi di laut dan 200 batu persegi dari udara.

"Maklumat terkini kes mencari dan menyelamat, aset udara APMM berjaya mengesan bot terbabit di lokasi kira kira 25 batu nautika timur laut Tanjung Sedili, Kota Tinggi.

"12 mangsa berada dalam keadaan selamat. Aset laut APMM sedang digerakkan ke lokasi untuk menyelamat dan menunda bot itu ke jeti APMM Tg Sedili, " katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mei 2016 @ 9:26 PM