MODEL SUV baharu Mercedes-Benz. FOTO Erywan Norshal
MODEL SUV baharu Mercedes-Benz. FOTO Erywan Norshal
Oleh Erywan Norshal


Kuala Lumpur: Mercedes-Benz Malaysia melancarkan rangkaian model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu, hari ini, sebagai sebahagian daripada strategi agresifnya untuk 2016.

Rangkaian SUV premium itu membabitkan model GLC, GLE dan GLE Coupe yang sesuai untuk menguasai pasaran lebih meluas di negara ini.

Bagi varian GLC 250 4Matic, jentera itu dikuasakan oleh unit enjin empat silinder bersesaran 1,991cc yang menyalurkan 211hp dan tork setinggi 350Nm dengan dipadankan kotak gear 9G-TRONIC sembilan kelajuan. Harganya dijual pada RM328,888 seunit.

SUV bersaiz penuh, GLE pula ditawarkan dengan dua varian membabitkan 250 d 4Matic dan 400 4Matic yang masing-masing menggunakan enjin bersesaran 2,143cc serta 2,996cc.

Ia dijual pada RM486,888 bagi 250 d 4Matic, manakala 400 4Matic berharga RM568,888.

Sementara itu, model paling menarik iaitu GLE Coupe pula dijual pada harga RM630,888 bagi varian 400 4Matic Coupe dan RM699,888 untuk 450 AMG 4Matic Coupe.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 1:29 PM