VARIAN baru Mercedes-Benz A 180. FOTO Erywan Norshal
VARIAN baru Mercedes-Benz A 180. FOTO Erywan Norshal
Erywan Norshal


Kuala Lumpur: Mercedes-Benz Malaysia menawarkan generasi baru A-Class yang hadir dengan ciri dipertingkatkan berbanding terdahulu.

Bagi melengkapkan model sedia ada membabitkan A 200, A 250 Sport dan AMG A45 4MATIC, Mercedes-Benz Malaysia turut menambah satu lagi varian baru iaitu A 180 yang dijana enjin 1.6 liter empat silinder.

Model baru menerima perubahan pada bahagian luaran membabitkan lampu hadapan LED, reka bentuk perumah lampu belakang serta padanan ekzos berkembar bagi meningkatkan gaya sporty.

Bahagian kabin kini dilengkapi skrin lebih besar bersaiz 8-inci serta kemasan terkini pada papan pemuka bagi suasana lebih segar.

Harga atas jalan tidak termasuk insurans bagi model A 180 (RM195,888); A 200 dengan AMG Line (RM205,888); A 250 Sport (RM238,888) dan A 45 4MATIC (RM348,888).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 4:06 PM