ZAINUDDIN mengetuai senarai kenaikan pangkat sembilan pegawai kanan polis. FOTO arkib NSTP
ZAINUDDIN mengetuai senarai kenaikan pangkat sembilan pegawai kanan polis. FOTO arkib NSTP
Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengetuai senarai kenaikan pangkat sembilan pegawai kanan polis berkuat kuasa 16 Jun ini.

Zainuddin dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Kekosongan jawatan JSJ KL akan diisi oleh Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Manakala Asisten Komisioner Lim Leong Hock yang sebelum ini bertugas sebagai urusetia pentadbiran dinaikkan pangkat menjadi Ketua Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara (Pentadbiran) dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Turut dinaikan pangkat Asisten Komisioner Nik Abdul Aziz Nik Abdul Razak, Asisten Komisioner Mohd Kamal Mohd Yasin, Superintendan Anuar Othman, Superintendan Hamdan Abas, Superintendan Mohd Raus Ab Wahab dan Superintendan Azman Omar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2016 @ 8:40 PM