DATU A Thaiveegan. FOTO arkib NSTP
DATU A Thaiveegan. FOTO arkib NSTP
Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk A Thaiveegan mengetuai senarai kenaikan pangkat 10 pegawai kanan polis berkuat kuasa 1 November ini dengan memangku pangkat Komisioner Polis.

Turut dinaikkan pangkat Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan dan Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Azham Othman yang dilantik Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan dan Perundangan) dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Manakala Ketua Penolong Pengarah (Risikan dan Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Senior Asisten Komisioner Kang Chez Chiang dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Pengarah JSJN bahagian Risikan dan Operasi.

Jawatan Ketua Penolong Pengarah (Risikan dan Operasi) akan digantikan oleh Asisten Komisioner Zulkifli Ali yang ketika ini bertugas sebagai Ketua JSJN di Ibu Pejabat Kontijen Johor.

Turut dinaikkan pangkat Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany dan Asisten Komisioner Ahmad Fawzan Mohamed yang menjadi Senior Asisten Komisioner.

Manakala Superintendan Mohd Zahari Sidik, Superintendan Mohd Luthfi Ismail Abdullah, Superintendan Izan Bakri dan Superintendan Lukas Anak Aket dinaikkan pangkat kepada Asisten Komisioner.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 September 2016 @ 7:23 PM