IBU Pejabat Polis Bukit Aman. FOTO Arkib NSTP
IBU Pejabat Polis Bukit Aman. FOTO Arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran 10 pegawai kanannya berkuat kuasa 28 Disember ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran itu antaranya membabitkan Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Ibrahim Saad bertukar ke Timbalan Ketua Pengarah Agensi Keselamatan Sempadan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya.

Menurutnya, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid pula bertukar ke Ketua Staf Pasukan Siasatan Khas/Teknikal Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) KDN.

"Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Johor, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim bertukar ke SAC (Perisikan/Siasatan Khas) Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

"Penolong Pengarah D4 Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff pula bertukar ke Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Asmawati berkata, Penolong Pengarah Pengurusan, Urusetia Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Asisten Komisioner Shukri Ismail ditukarkan ke Timbalan Ketua Urus Setia (Teknologi) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman.

"Ketua Polis Daerah Seri Alam, Johor, Superintendan Ismail Dollah pula menjadi Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Johor dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

"Timbalan Komandan Pulapol Langkawi, Superintendan Mohd Junaidi Mat Akhir pula dinaikkan menjadi Komandan Pulapol Langkawi dengan memangku pangkat Asisten Komisioner," katanya.

Beliau berkata, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Kelantan, Superintendan Mohd Taufik Maidin pula bertukar sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

"Pegawai Turus Perolehan Am, Cawangan Perolehan Bahagian Kewangan/Perolehan/Kepolisan Am Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Superintendan Rose Baini Kasim pula bertukar ke Penolong Pengarah Pengurusan, Urusetia Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

"Pegawai Turus E8F Cawangan Khas, Bukit Aman, Superintendan Shariman Ashari pula menjadi Ketua Polis Daerah Langkawi dengan memangku pangkat Asisten Komisioner," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 8:52 PM