AZIZAN Abu Taat. FOTO Maktab PDRM
AZIZAN Abu Taat. FOTO Maktab PDRM
Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Datuk Azizan Abu Taat mengetuai senarai kenaikan pangkat 24 pegawai kanan polis berkuat kuasa 20 Jun depan.

Azizan dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Kekosongan jawatan Komandan Maktab PDRM akan diisi oleh Datuk Shamsiah Mohd Shariff dengan memangku pangkat Deputi Komisioner, yang sebelum ini menjawat jawatan Senior Assisten Komisioner Dasar Strategik PDRM Urusetia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Manakala Senior Asisten Komisioner Awang Besar Dullah yang bertugas sebagai Ketua Staff Pasukan Siasatan Khas / Teknikal Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dinaikkan pangkat menjadi Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan keselamatan Komuniti IPK Sabah.

Jawatan Ketua Staff Pasukan Siasatan Khas / Teknikal Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) diambil alih oleh Asisten Komisioner Carleel Mohd Effendi dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Turut dinaikkan pangkat, Asisten Komisioner Kamaruddin Johari, Asisten Komisioner Mun Kock Keong, Asisten Komisioner Jasmi Ab Rahman, Asisten Komisioner Jangir Ibat Khan, Asisten Komisioner Shamsudin Mat, Asisten Komisioner Mohd Ismon Suratman, Asisten Komisioner Mushtari Omar, Asisten Komisioner Mazlan Santarai dan Asisten Komisioner M.Musa Jaafar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mei 2016 @ 8:49 PM