Azizul Rahman (kiri) menerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2016 dan Ahamad pula menerima Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2016. FOTO Izhari Ariffin
Azizul Rahman (kiri) menerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2016 dan Ahamad pula menerima Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2016. FOTO Izhari Ariffin
Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Pesara guru, Azizul Rahman Abdul Rahman, 64 menerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2016 sempena sambutan Hari Guru Ke-45 Peringkat Kebangsaan 2016 di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, hari ini.

Selain itu, bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (2005) Datuk Dr Ahamad Sipon, 65, pula menerima Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2016.

Anugerah disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut merasmikan majlis berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya meminta Kementerian Pendidikan mengkaji skema perkhidmatan perguruan di semua peringkat agar dapat dipertingkatkan sebagai penghargaan kepada warga pendidik.

"Penghargaan kepada guru bukan saja diraikan menerusi kata-kata atau sambutan setiap tahun sebaliknya diberikan dalam bentuk ganjaran yang lebih baik," katanya.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk P Kamalanathan dan Timbalan Menteri Pendidikan II Chong Sin Woon.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2016 @ 1:55 PM